Posts

Showing posts from January, 2025

Nak Taaruf Apa?

Image
  Beberapa kali saya berkongsi tentang taaruf dengan teman-teman yang masih bujang dan berkeinginan untuk mendirikan rumah tangga. Perkara yang sering mereka timbulkan: "Apa yang perlu ditaaruf?" "Bagaimana cara untuk bertaaruf?" Ini ialah dua persoalan yang biasa ditimbulkan, terutama bagi mereka yang baru berputik dalam hati untuk berkira-kira mencari peneman hidup. Apatah lagi bagi mereka yang tidak terdedah langsung dengan perkara- perkara tentang perkahwinan. Setelah menetapkan ciri-ciri peneman hidup yang diidamkan, tentunya masih ada perkara yang perlu diteliti sebelum melangkah ke alam pertunangan. Secara umumnya, para ulama membahagikan taaruf kepada dua aspek utama. Pertama bersifat maknawi atau perkara-perkara dalaman bakal peneman hidup dan yang kedua perkara-perkara luaran bakal peneman hidup tersebut APA YANG PERLU DITAARUF? Latar belakang keluarga.  Perkara ini menjadi satu titik yang penting apabila seseorang memulakan proses taaruf. Hal ini kerana, ...